Bilik Darjah Abad ke-21?

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Perkembangan teknologi dunia yang pesat, yang dibawa oleh Revolusi Industri ke-4 mengubah aspek kehidupan dalam semua bidang, ekonomi dan industri.

bilik-darjah-2Justeru, kaedah dan reka bentuk PdP perlu disesuaikan dengan perkembangan teknologi dan persekitaran murid agar seiring dengan peredaran zaman. Ini merangkumi pengintegrasian kemahiran Abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pelaksanaan kurikulum. Kemahiran ini merangkumi kreativiti, inovasi, komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, keupayaan membuat keputusan, keupayaan membuat kajian dan penyelidikan, dan penyelesaian masalah.

Kemahiran Abad Ke-21 memberi peluang pembelajaran yang lebih meluas kepada murid.  Mereka bukan sahaja belajar tentang isi kandungan malah fokus kepada penjanaan ilmu dan penyelesaian masalah dalam dunia sebenar.  Kemahiran Abad Ke-21 yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid dapat diterapkan oleh guru melalui strategi pembelajaran yang berfoluskan kepada:

  1. Pembelajaran Kendiribilik-darjah-3
  2. Pembelajaran Kolaboratif
  3. Pembelajaran Berasaskan Projek
  4. Pembelajaran secara Inkuiri-Penemuan
  5. Penyelesaian Masalah
  6. Pembelajaran Masteri
  7. Konstruktivisme
  8. Pembelajaran Penerokaan

Strategi pembelajaran seperti di atas digariskan dalam Dokumen Standard dan Kurikulum Pentaksiran (DSKP) KSSR dan KSSM.

Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dan berkualiti dapat memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru haruslah memastikan:

1) penglibatan murid dalam aktiviti PdP bagi membolehkan pengajaran berkesan

2)  penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat

3) hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran

4) perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran

5) kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran

6) komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan pembelajaran murid

7) penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid

8) penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan PdP

9) kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid

10) penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat

11) pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan p&p

12) pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru

Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan, antaranya penggunaan ICT, berpotensi besar untuk memacu dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mengoptimumkan potensi murid dalam penguasaan Kemahiran Abad Ke-21.

bilik-darjah1Kesimpulannya, keberhasilan kompetensi dan Kemahiran Abad Ke-21 murid tidak tertakluk dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja, samada bilik darjah mempunyai kemudahan ICT yang baik mahupun tidak.

Walau bagaimanapun, komponen berikut termasuk kemudahan ICT dalam bilik darjah membantu meningkatkan kecekapan dan efisiensi pelaksanaan proses PdP Abad Ke-21.

Bil. Komponen Peranan
1. Murid Penguasaan:

·         Kemahiran Abad Ke-21

·         Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

2. Guru Pelaksanaan:

·         Strategi Pembelajaran Berpusatkan Murid

·         Elemen Merentas Kurikulum

3. Bilik Darjah Zon pembelajaran pelbagai guna (Multi-use learning zones):

·         Perabot mudah-alih

·         Akses Internet

·         Komputer / tablet

·         Projektor

·         Pencetak

·         Stesen untuk mengecas peranti (power plug / USB)

4. Kurikulum Berasaskan:

·         projek

·         teknologi

·         kolaboratif

·         jaringan hubungan (globally connected)

Teknologi sebagai Pengupaya dalam Bilik Darjah di Malaysia

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah bukanlah satu fenomena yang baharu. Proses mentransformasi sekolah sebagai institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran sekolah (PdT) bagi menyediakan murid untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat telah bermula sejak Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor – MSC) ditubuhkan pada tahun 1996.  Dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan telah mengenal pasti keperluan untuk merekayasa sistem pendidikan negara. Transisi negara daripada sebuah ekonomi berasaskan produk kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, memerlukan tenaga kerja yang berupaya mengeksploitasi ICT untuk mewujudkan peluang-peluang baharu ekonomi.  Justeru, konsep Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah diperkenalkan sebagai  salah satu aplikasi perdana pada tahun 1997.

mydigitalmaker1Kini, Pembestarian Sekolah berada pada Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011 – 2020) seharusnya telah mencapai tempoh kematangan setelah 17 tahun dilancarkan. Pada peringkat ini, sekolah-sekolah di Malaysia telah mempunyai budaya mengintegrasikan teknologi sebagai pengupaya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah.  Aktiviti Pembestarian Sekolah memainkan peranan penting dalam usaha menjayakan Anjakan 7: Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Pencapaian Pembestarian Sekolah di semua sekolah-sekolah di Malaysia diukur melalui instrumen Smart School Qualification Standards (SSQS). Penilaian kendiri yang melibatkan lebih setengah juta respoden ini bertujuan untuk mengukur dan memastikan ekosistem sesebuah sekolah menerap dan mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam PdP dan PdT mencapai piawaian yang ditetapkan. Laporan Pembestarian Sekolah tahun 2016 mendapati bahawa 96.1% sekolah mencapai tahap bestari yang baik dengan mengamalkan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat, meningkatkan kualiti PdP dan PdT serta mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan ICT, menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, kompeten, kreatif dan inovatif serta berjaya membentuk jati diri insan yang dinamik dan berdaya saing dalam kehidupan abad ke-21.

Perkembangan teknologi dunia yang pesat, yang dibawa oleh Revolusi Industri Ke-4 mengubah aspek kehidupan dalam semua bidang, ekonomi dan industri.  Justeru, kaedah dan reka bentuk PdP perlu disesuaikan dengan perkembangan teknologi dan persekitaran murid agar seiring dengan peredaran zaman. Ini merangkumi pengintegrasian kemahiran Abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pelaksanaan kurikulum. Kemahiran ini merangkumi kreativiti, inovasi, komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, keupayaan membuat keputusan, keupayaan membuat kajian dan penyelidikan, dan penyelesaian masalah.

Kemahiran Abad Ke-21 memberi peluang pembelajaran yang lebih meluas kepada murid.  Mereka bukan sahaja belajar tentang isi kandungan malah fokus kepada penjanaan ilmu dan penyelesaian masalah dalam dunia sebenar. Kemahiran Abad Ke-21 yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid dapat diterapkan oleh guru melalui strategi pembelajaran yang berfokuskan kepada pembelajaran kendiri, kolaboratif, berasaskan projek, inkuiri-penemuan, penerokaan, masteri, penyelesaian masalah dan konstruktivisme.

Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dan berkualiti dapat memperkembangkan lagi potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan, antaranya melalui penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan, antaranya penggunaan ICT dan sumber pembelajaran berteraskan teknologi digital, memacu dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mengoptimumkan potensi murid menguasai Kemahiran Abad Ke-21.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan berada pada tahap terbaik walaupun menghadapi kekangan-kekangan tertentu dari semasa ke semasa, antaranya dari segi kewangan, kemudahan infrastuktur, modal insan dan sumber pendidikan digital yang mencukupi. Bagi menangani cabaran ini, pelbagai inisiatif dirancang dan dilaksanakan dalam PPPM 2013 – 2025 untuk memastikan pembangunan keperluan infrasruktur sekolah dipenuhi bagi meningkatkan pelaksanaan pembelajaran kendiri dan pembelajaran jarak jauh. Selain itu, bagi mempercepatkan transformasi sistem pendidikan, KPM juga bekerjasama dengan rakan perkongsian pintar, antaranya melalui inisiatif #mydigitalmaker yang dilancarkan oleh YAB Pmydigital-maker1erdana Menteri pada bulan Ogos lalu. Melalui inisiatif ini, pelbagai agensi,  industri, mahupun akademik bersatu dalam mengasah bakat murid sebagai pereka, penghasil atau pencipta digital yang dapat memenuhi keperluan ekonomi masa hadapan negara menerusi pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti penerapan pemikiran komputasional dalam subjek sains komputer dalam kurikulum kebangsaan.

Peta Minda melalui Coggle

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Saya ingin kongsikan satu aplikasi online berkaitan Peta Minda. Apps yang dipanggil Coggle ini merupakan Google Chrome extension. Peta Minda ini boleh dijadikan satu platform untuk murid berkolaborasi dalam membangunkan idea dan menyelesaikan masalah samada di dalam dan luar bilik darjah. Hanya perlu jemput rakan kolaborasi melalui emel dan mereka boleh terus memberikan maklumat seperti yang diarahkan. Guru juga boleh membuat pentaksiran pembelajaran murid melalui Apps ini. Yang penting, dengan menggunakan sedikit imaginasi dan inovasi, guru dapat melaksanakan Pembestarian dalam PdP.

Peta Minda yang saya hasilkan. Tadaa….

KEMENJADIAN_MURID3

I would like to share with you an online application related to mind mapping. This app called Coggle is actually a Google Chrome extension. This mind mapping app can be a platform for students to collaborate in building theirs ideas and solve problems and can be used either in or outside the classrooms. What you have to do is invite a friend/s who you would like to collaborate with by sending them email and once he / she / they has /have accepted the invitation, they can just share their ideas. Teachers can also evaluate on their students’ performances through this app. The most important thing is, by having a little imagination and innovation,  teachers can use technology in their teaching processes and at the same time encourage students to embrace technology in  their learning.

Bantuan Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan
kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan
Kerajaan.

Pengurus Sekolah WAJIB memaklumkan kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia / Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JPKA) Sekolah mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia / Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan untuk murid sepenuhnya.

PCG yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

i. PCG Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif.

ii. PCG Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Khas (LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK Asrama.

Maksud perbelanjaan bagi Kumpulan PCG Pusat Sumber Sekolah (Bukan Mata Pelajaran) adalah seperti berikut:

i. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

iii. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

iv. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

v. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus Sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan di bawah;

  • Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.
  • Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
  • Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
  • Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak dibenarkan. Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.

Jadual Ringkas Peruntukan PCG Pusat Sumber Sekolah adalah seperti berikut;

PCG PSS

B.  YURAN KHAS SEKOLAH (YKS)

Mulai tahun 2008, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan bayaran Yuran Khas Sekolah (YKS) yang dikenakan ke atas semua murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Yuran ini dikutip bagi tujuan pelaksanaan aktiviti tertentu di sekolah. 1.2. Dengan pemansuhan tersebut, Kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti terbabit di bawah YKS.

Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan YKS  meliputi aktiviti Sukan/Permainan;  Pendidikan Jasmani; Lukisan/Kerja tangan; Pendidikan Seni; Perpustakaan; dan Pusat Sumber Sekolah.

Kadar YKS yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah seperti berikut:

i. Sekolah Rendah: RM4.50 seorang murid setahun

ii. Sekolah menengah: RM9.00 seorang murid setahun

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid