My Contribution as CyberSAFE in Schools Ambassador

Advertisements

Bagaimana Menangani Virus ‘Shortcut’

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Baru-baru ini saya menghadiri satu bengkel di Marang, Terengganu dan saya telah diminta untuk membentangkan perancangan kewangan. Pihak urus setia telah menyediakan sebuah laptop bagi tujuan tersebut. Apabila saya memasukkan thumb drive saya dalam laptop tersebut, tiba-tiba semua folder dalam thumb drive tersebut hilang. Selain daripada menjadi bahan ketawa rakan-rakan, kata mereka,” ini trick lama… katalah u tak siap lagi,” saya berasa sangat gusar dan sedih kerana banyak maklumat yang penting dan berharga ada dalam thumb drive tersebut.

Walau bagaimanapun, saya bernasib baik kerana saya dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa thumb drive saya terkena virus ‘Shortcut’.

Untuk makluman semua, virus ‘Shortcut’ akan mengubah semua fail / folder dalam thumb drive kepada shortcut. Masalahnya virus ‘Shortcut’ ini tidak dapat dihilangkan menggunakan program anti-virus. Jika imbasan (Scan) dibuat menggunakan program anti-virus, kita akan diberitahu bahawa tiada masalah (No threat detected) dan sesiapa yang tidak tahu bagaimana membuang virus tersebut akan membuat format semula (reformat). Tak mungkin saya akan mengambil opsyen ini!

Berdasarkan maklumat tersebut, saya telah buat carian ‘How to remove shortcut virus’ dan saya telah dibawa ke laman web Vintaytime. SILA KLIK DI SINI UNTUK BACAAN LANJUT.

Oleh kerana saya menggunakan Windows 10, pada icon Windows   windows

  1. ‘right click’ => Command Prompt (Admin). Saya dibawa ke tetingkap seperti di bawah.

command prompt

2.   Cucuk thumb drive yang dijangkiti virus. Buat imbasan (scan) ke atas thumb drive yang dijankiti virus. Jika komputer anda menjumpai virus ini, buangkannya.

3.   Taipkan attrib -h -r -s /s /d <Huruf di mana thumb drive berada>:\*.* di Command Propmt. Jika thumb drive tersebut berada di D, maka tuliskan begini: attrib -h -r -s /s /d D:\*.* seperti contoh di bawah.

attrib

  1. Sekarang anda akan dapati thumb drive itu telah diubah semula kepada file / folder yang normal. Padamkan file yang dicurigai, file yang bermula dengan ~.
  2. Dicadangkan anda membuat salinan semua file / folder di laptop dan format semula thumb drive tersebut dan salin sekali lagi ke thumb drive yang asal.

Tadaaa…. Saya berjaya lakukannya. Bagaimana dengan anda?