Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Baru-baru ini saya telah dijemput untuk memberikan ucaptama di Seminar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan dan Persatuan Perpustakaan Awam Negeri Johor. Walaupun saya tidak dapat menghadiri Seminar tersebut secara fizikal atas sebab kepentingan organisasi, namun saya sempat membuat rakaman berkaitan ‘Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah’.

Untuk makluman semua, pembentangan ini merupakan gabungan sorotan literatur berkaitan Sekolah Bestari dan Pusat Sumber Sekolah, aspirasi negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, piawaian antarabangsa dan kurikulum kebangsaan. Berdasarkan ini, saya telah mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh sekolah dalam menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai Pusat Sumber Bestari.

Semoga memberi manfaat kepada semua.