Sumber Digital di Perpustakaan Negara Malaysia

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Tahukah anda sumber digital boleh didapati secara percuma di Perpustakaan Negara Malaysia? Anda tidak perlu mengeluarkan wang sesen mahupun memperuntukkan masa yang banyak untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan terkini di portal Sumber Elektronik Perpustakaan Negara Malaysia. Anda hanya perlu KLIK DI SINI untuk melayari bahan-bahan yang sesuai.

banner web-new

Selain itu, portal Sumber Elektronik PNM juga mempunyai pautan secara percuma untuk melayari The World Almanac Online, World Almanac For Kids, National Geographic, Encyclopedia Britannica Online dan BERNAMA Library and Infolink Service (BLIS). Oleh kerana sumber-sumber ini memerlukan login dan kata kunci, sila ikut arahan yang diberikan.

Jangan silu untuk mendaftar sebagai ahli bagi mendapatkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan.
britannicaimagesNGworld almanacworld almanac kidsblis 

Advertisements